Polisi Bayaran Balik
Kemaskini terakhir: November 2026
Polisi ini menerangkan pendirian kami tentang bayaran balik untuk produk digital A.I. Boleh.
1. Status Sekarang
Polisi ini terpakai kepada E-book A.I. Boleh (RM45, sekali bayar), resipi yang dibeli satu-satu (RM8) dan pelan Crew A.I. Boleh.
2. Produk Digital
Oleh kerana E-book dan kandungan kami adalah produk digital yang diberi akses serta-merta, pembelian secara amnya tidak boleh dikembalikan setelah akses diberikan.
2A. Crew A.I. Boleh
Pelan Crew memberi akses serta-merta kepada semua resipi, jadi bayaran secara amnya tidak boleh dikembalikan selepas akses diberikan, termasuk untuk baki tempoh yang tidak digunakan. Pelan tidak diperbaharui secara automatik, jadi tiada caj akan datang yang perlu dibatalkan. Jika anda tersilap membeli pelan yang sama dua kali, hubungi kami dalam 7 hari dan kami akan semak.
3. Masalah Akses
Jika anda menghadapi masalah teknikal untuk mengakses produk yang telah dibeli, hubungi kami dan kami akan membantu menyelesaikannya secepat mungkin.
4. Pengendali & Hubungi Kami
Laman web aiboleh.ai dikendalikan oleh FLEXCORE VENTURE SDN. BHD. (No. Pendaftaran: 202301031426 / 1525349-K), beralamat di SH-G-23, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jln Sg Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan tentang bayaran balik, hubungi hello@aiboleh.ai atau telefon +60 11-6161 1161.