← Kembali ke laman utama

Terma & Syarat

Kemaskini terakhir: November 2026

Terma dan Syarat ini mengawal penggunaan laman web aiboleh.ai serta semua produk dan perkhidmatan A.I. Boleh. Dengan menggunakan laman ini atau mendaftar dengan kami, anda bersetuju dengan terma di bawah.

1. Tentang Kami

A.I. Boleh ialah jenama produk digital yang dikendalikan oleh FLEXCORE VENTURE SDN. BHD. (No. Pendaftaran: 202301031426 / 1525349-K), beralamat di SH-G-23, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jln Sg Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia. A.I. Boleh menyediakan e-book, resipi video langkah demi langkah dan keahlian Crew untuk membantu pemula menghasilkan video AI yang realistik dan cinematic.

2. Produk dan Perkhidmatan

Kami menawarkan produk digital dengan akses segera: A.I. Boleh E-book "Prompt Macam Director", Resipi A.I. Boleh (halaman cara penuh untuk video A.I. Boleh, dibeli satu-satu) dan keahlian Crew A.I. Boleh (akses kepada semua resipi dan panduan cara edit dengan Claude untuk satu tempoh).

3. Status Produk

E-book Prompt Macam Director boleh dibeli pada harga RM45 (bayaran sekali) dan termasuk bonus 3 bulan Crew A.I. Boleh. Resipi dan pelan Crew boleh dibeli di aiboleh.ai/resipi. Pembayaran dikutip melalui CHIP dan akses diberikan selepas bayaran disahkan.

4. Harga dan Pembayaran

Harga adalah seperti yang dipaparkan di laman dan diproses melalui gateway pembayaran pihak ketiga (CHIP). E-book: RM45, bayaran sekali. Satu resipi: RM8, bayaran sekali. Crew A.I. Boleh: RM15 untuk 1 bulan, RM45 untuk 3 bulan, atau RM129 untuk 1 tahun. Tiada caj automatik: kami tidak menyimpan butiran kad, jadi pelan tidak diperbaharui dengan sendirinya. Untuk menyambung, anda membuat bayaran baru.

5. Produk Digital

Oleh kerana produk kami bersifat digital dan akses diberikan serta-merta, pembelian secara amnya tidak boleh dikembalikan selepas akses diberikan. Sila rujuk Polisi Bayaran Balik kami untuk pengecualian dan cara membuat permintaan.

5A. Crew A.I. Boleh dan Resipi

Akaun. Akaun anda dikenali melalui email anda. Kami menghantar pautan masuk sekali guna ke email tersebut, dan memberi anda pautan peribadi. Pautan peribadi itu adalah milik anda seorang: jangan kongsi. Jika pautan dikongsi atau disalah guna, kami boleh menggantikannya.

1 resipi percuma. Setiap orang boleh membuka 1 resipi secara percuma menggunakan email yang disahkan. Satu orang, satu akaun. Kami boleh menolak pendaftaran yang menggunakan email sementara atau cara lain untuk mendapatkan resipi percuma berulang kali.

Resipi yang dibuka. Resipi yang dibuka dengan percuma atau dibeli (RM8) kekal terbuka untuk akaun anda selagi perkhidmatan beroperasi. RM8 yang dibayar untuk resipi ditolak daripada harga pelan Crew pertama yang dibeli dalam masa 30 hari (sekurang-kurangnya RM1 tetap dicaj).

Tempoh Crew. Tempoh bermula pada hari bayaran disahkan, dan jika anda masih aktif, tempoh baru ditambah selepas tempoh semasa. Semasa aktif, anda boleh membaca semua resipi, termasuk resipi baru yang diterbitkan, dan panduan cara edit dengan Claude. Selepas tempoh tamat, resipi kembali berkunci kecuali yang anda buka dengan percuma atau RM8. E-book yang diberi sebagai bonus kekal milik anda.

E-book dalam pelan. Pelan 3 bulan dan tahunan termasuk e-book serta-merta. Pelan bulanan termasuk e-book selepas bayaran bulan ketiga. Pembelian e-book RM45 termasuk 3 bulan Crew.

Tiada pelan seumur hidup. Mulai 6 November 2026, pelan seumur hidup tidak lagi dijual.

Kandungan. Resipi mengajar kaedah kami. Ia tidak termasuk klip asal, wajah, suara atau fail milik orang lain. Anda bertanggungjawab mendapatkan kebenaran untuk footage, wajah, suara dan muzik yang anda guna. Kos alat pihak ketiga (contohnya kredit AI atau langganan Claude) dibayar berasingan oleh anda.

Penggunaan peribadi. Anda boleh menggunakan prompt dan kaedah untuk video anda sendiri atau klien anda. Anda tidak boleh menjual semula, menerbitkan semula atau berkongsi kandungan resipi atau panduan secara keseluruhan.

6. Harta Intelek

E-book, template prompt, video dan bahan pembelajaran A.I. Boleh kekal hak milik A.I. Boleh. Anda tidak dibenarkan menjual semula, mengedar semula, memuat naik fail e-book ke mana-mana tempat awam atau group, atau berkongsi pautan akses peribadi anda dengan orang lain. Pautan akses adalah untuk satu pembeli sahaja.

7. Penggunaan Yang Dibenarkan

Selepas membeli, anda bebas menggunakan apa yang anda pelajari dan semua prompt serta template di dalamnya untuk kerja anda sendiri — termasuk untuk tujuan komersial, kandungan berbayar dan kerja klien. Video, gambar dan kandungan yang anda hasilkan menggunakan bahan ini adalah milik anda, dan anda tidak perlu memberi kredit kepada kami.

Satu-satunya larangan ialah mengedarkan produk itu sendiri: jangan jual semula atau berikan e-book kepada orang lain, jangan muat naik failnya ke tempat awam atau group, dan jangan kongsi pautan akses peribadi anda.

8. Alat Pihak Ketiga

Sesetengah teknik yang diajar memerlukan langganan alat AI pihak ketiga yang berasingan. A.I. Boleh tidak bertanggungjawab atas kos, dasar, ketersediaan atau perubahan pada alat-alat tersebut.

9. Tiada Jaminan Hasil

Kami berkongsi panduan, alat dan langkah yang betul. Walau bagaimanapun, hasil akhir bergantung pada usaha, latihan dan idea anda sendiri. Kami tidak menjamin sebarang hasil tertentu seperti jumlah tontonan, pengikut atau pendapatan.

10. Had Liabiliti

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, A.I. Boleh tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung yang timbul daripada penggunaan produk atau laman ini.

11. Perubahan Terma

Kami boleh mengemaskini terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan sentiasa dipaparkan di laman ini.

12. Undang-undang

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

13. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan boleh dihantar kepada FLEXCORE VENTURE SDN. BHD. (202301031426 / 1525349-K) melalui e-mel di hello@aiboleh.ai atau telefon di +60 11-6161 1161.