Untuk ikut resipi saya, anda perlukan Higgsfield untuk jana video (berbayar: akaun baru tiada kredit percuma). Edit boleh dibuat dalam CapCut di telefon. Claude untuk edit di PC Windows ialah pilihan. Baru kenal AI? Mula dengan Mula Di Sini dulu.
Semua video dalam resipi saya dijana di Higgsfield: satu laman yang kumpul model video terbaik (Seedance, Kling, Genjutsu dan lain-lain) dalam satu tempat. Anda bayar dengan kredit.
| Pelan | Harga | Kredit sebulan | Sesuai untuk resipi? |
|---|---|---|---|
| Starter | USD 15 / bulan | 200 | Terhad: hanya Seedance 2.0 Fast & Mini, tiada Genjutsu percuma. Kebanyakan resipi saya tak boleh diikut sepenuhnya. |
| Plus (saya cadangkan) | USD 49 / bulan, atau USD 39 / bulan jika bayar tahunan | 1,000 | Ya. Semua model termasuk Seedance 2.0, Seedance 2.5 dan Higgsfield Genjutsu. |
| Ultra | USD 129 / bulan, atau USD 99 / bulan jika bayar tahunan | 3,000 ke atas | Untuk yang buat video setiap hari. Mula dengan Plus dahulu. |
Describe your scene in detail. Use @ to reference assets
Replace the man in @Video1 with the man from @Image1.← Arahan utama: siapa ditukar dengan siapawatak anda: lelaki 30-an, baju putih← Bahagian oren: tukar ikut watak andaKeep the room, lighting and camera exactly the same.← Kunci: apa yang tak boleh berubahUntuk mula, edit dengan editor yang anda biasa guna. CapCut di telefon pun cukup. Setiap resipi terangkan apa yang perlu dibuat semasa edit: susunan klip, potongan, teks dan bunyi. Anda boleh buat semuanya dalam CapCut atau editor lain.
Saya edit hampir semua video dengan Claude: saya tulis apa yang saya nak dalam BM atau English biasa, dan Claude yang potong klip, letak tajuk, watermark, bunyi dan eksport. Tiada CapCut, tiada timeline.
| Pelan Claude | Harga | Ada Claude Code (untuk edit)? |
|---|---|---|
| Free | USD 0 | Tidak. Tab Code minta anda naik taraf. |
| Pro (saya cadangkan untuk bermula) | USD 20 / bulan, atau USD 17 / bulan jika bayar tahunan | Ya. Cukup untuk edit video biasa. |
| Max | USD 100 / bulan | Ya, 5x had Pro. Untuk yang edit sepanjang hari. |
I want to use you as my video editor on this Windows PC…
Jawapan yang betul: satu jadual yang tunjuk versi FFmpeg, libx264 dan libass ada, versi Python, sama ada GPU NVIDIA dikesan, senarai folder anda, dan shell yang Claude guna. Jika Claude kata ffmpeg is not recognized, tutup app sepenuhnya dan buka semula. Jika masih sama, minta: "Find where winget installed ffmpeg.exe and use its full path."