Video Studio/Tips/Latihan temu duga — AI jadi penemuduga yang garang, satu soalan pada satu masa
Tips

Latihan temu duga — AI jadi penemuduga yang garang, satu soalan pada satu masa

Bukan "bagi saya soalan temu duga". Suruh AI jadi penemuduga, tanya satu soalan, tunggu jawapan korang, bagi maklum balas jujur, kemudian soalan seterusnya. Guna mod suara untuk rasa sebenar.

09 Oct 20261 min baca

Senarai soalan temu duga tak melatih apa-apa. Yang melatih ialah menjawab dengan kuat, kena tekan, dan dapat maklum balas.

Kamu penemuduga berpengalaman untuk jawatan [tajuk jawatan] di [jenis syarikat]. Ini iklan jawatan: [paste].

Jalankan temu duga: tanya SATU soalan pada satu masa dan tunggu jawapan saya. Selepas setiap jawapan, bagi maklum balas jujur dalam 2-3 ayat (apa yang bagus, apa yang lemah, apa yang penemuduga sebenar akan fikir), kemudian soalan seterusnya. Campurkan soalan tingkah laku, teknikal dan "kenapa kami patut ambil awak". 6 soalan, kemudian bagi skor keseluruhan dan 3 perkara untuk diperbaiki.

Guna mod suara (lihat tip Mod Suara) supaya korang berlatih bercakap, bukan menaip. Buat 2 kali — kali kedua selalu jauh lebih baik.

Cuba sekarang: paste iklan jawatan sebenar. Jawab 6 soalan dengan suara.

Belum selesa dengan asas? Cara Guna ChatGPT Dari Kosong.

Newsletter percuma

Subscribe Newsletter

Skill AI yang korang boleh terus guna hari tu juga — dalam Bahasa Melayu, tanpa jargon. Percuma.

✓ Siap! Cek inbox korang untuk email pertama.

Tak suka? Berhenti langgan bila-bila. Saya tak spam.