Nota mesyuarat bersepah → minit rasmi, dengan pemilik dan tarikh akhir
Taip nota macam korang taip untuk diri sendiri — pendek, bersepah, ada singkatan. AI susun jadi minit yang boleh hantar. Satu kunci — paksa ia tandakan apa yang tiada pemilik.
Minit mesyuarat ialah kerja yang semua orang tangguh. Cara paling pantas: taip nota bersepah semasa mesyuarat, kemudian:
Tukar nota kasar ni kepada minit mesyuarat rasmi dalam Bahasa Melayu. Bahagian: Tarikh & Kehadiran, Perkara Dibincangkan (ikut agenda), Keputusan, Tindakan (pemilik + tarikh akhir), Perkara Tertangguh.
Peraturan: jangan tambah apa-apa yang tiada dalam nota. Kalau ada tindakan tanpa nama, tulis [PEMILIK?]. Kalau tiada tarikh, tulis [TARIKH?].
Nota:
[paste]
Bahagian [PEMILIK?] ialah yang paling berharga — ia tunjuk tindakan yang akan hilang kalau tak ada orang punya. Isi sebelum hantar.
Cuba sekarang: selepas mesyuarat seterusnya, paste nota terus dari Notes telefon. Isi setiap [PEMILIK?].
Lima prompt lagi untuk pejabat: AI Untuk Kerani Akaun & Admin.
