Video Studio/Tips/Satu baris yang kurangkan fakta rekaan — "tandakan [TAK PASTI]"
Tips

Satu baris yang kurangkan fakta rekaan — "tandakan [TAK PASTI]"

AI reka fakta dengan yakin. Korang tak boleh hentikannya sepenuhnya, tapi korang boleh suruh ia tunjuk di mana ia tak pasti — dan itu tempat korang semak. Tambah baris ni pada apa-apa kerja yang ada nombor, nama atau undang-undang.

12 Oct 20261 min baca

Halusinasi — bila AI bagi nama, nombor atau "kajian" yang tak wujud — ialah sifat cara ia berfungsi, bukan bug. Tapi korang boleh buat ia jujur tentang keyakinannya.

Tambah pada hujung mana-mana prompt yang melibatkan fakta:

Untuk setiap fakta, nombor, nama atau rujukan dalam jawapan kamu: kalau kamu tak pasti 100%, tandakan dengan [TAK PASTI] dan cakap apa yang saya patut semak. Lebih baik tandakan banyak daripada yakin tapi salah.

Korang akan nampak corak: AI yakin pada konsep umum, tak pasti pada nombor spesifik, tarikh, dan apa-apa yang berubah selepas ia dilatih. Tempat yang bertanda ialah tempat korang buka Google atau sumber rasmi.

Cuba sekarang: tanya sesuatu yang ada fakta — harga, undang-undang, statistik — dengan baris ni. Kira [TAK PASTI] yang keluar.

Istilah: Halusinasi dan Grounding.

Newsletter percuma

Subscribe Newsletter

Skill AI yang korang boleh terus guna hari tu juga — dalam Bahasa Melayu, tanpa jargon. Percuma.

✓ Siap! Cek inbox korang untuk email pertama.

Tak suka? Berhenti langgan bila-bila. Saya tak spam.